Maju dan Terus Maju

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, cuti persekolahan anak-anak diluangkan bersama sanak saudara di kampung, Terengganu. Mereka kelihatan cukup gembira dapat berjumpa aki, tok ma, atuk, nenek, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan sepupu mereka. Tiada perkara lain menyenang hati ibu bapa melainkan senyuman dan hilai tawa anak-anak mereka.

Sekali lagi, syukur alhamdulillah.

Kini, saya dan suami kesayangan CDM Raffi sedang giat memperkembangkan perniagaan kami. Tidak lain tidak bukan dengan iltizam yang teguh, kami percaya kami tidak boleh berhenti setakat jalan, kami bukan Melayu dan penganut Islam yang lemah untuk mengaku kalah mahupun cepat berpuas hati. Perjuangan ini perlu kami teruskan bersama rakan kongsi yang hebat-hebat belaka.

Bagi saya, tidak alasan yang kuat untuk saya tidak boleh mara dan maju, terus maju. Saya dianugerahkan suami yang bukan sahaja penyayang tetapi juga cukup berdedikasi, bijak dan kreatif. Saya juga dipandu CDM yang sangat hebat seperti CDM Samiah, CDM Madon, CDM Waheeda dan Suami, CDM Noorhaya dan Suami, CDM Kak Ina dan Suami dan termasuklah suami saya sendiri CDM Raffi.

Paling berharga saya dikurniakan barisan rakan kongsi yang sangat hebat. Dari Penang saya bermula, ke Lipis, Lumut saya merantau, Kuala Lumpur saya singgah, Johor Bahru, Terengganu, Kuantan, Kota Bharu saya jejaki. Alhamdulillah, Allah sememangnya dengan SifatNya Maha Kuasa, Maha Merancang, saya telah dikelililngi oleh mereka yang cintakan semangat juang.

InsyaAllah, dengan semangat berkobar-kobar, saya akan pastikan CDM Rosmaiza dan CDM Raffi akan bersama rakan kongsi terus mara dan maju, terus maju!

Majlis Anugerah SM,SSM di Kuantan Pahang

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, hari ini saya dan suami tercinta bersama rakan kongsi kami di Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang bagi meraikan rakan kongsi kami yang mendapat anugerah SM SSM di sini.

Saya berdoa agar mereka ini senantiasa memperoleh kekuatan dari Allah S.W.T bagi mempermudah jalan dalam apa jua keadaan dan menganugerahkan kekuatan yang utuh, kesihatan yang berpanjangan bagi menempuh hari-hari mendatang.

Sesungguhnya pepatah Melayu ada berkata, “yang bulat takkan datang, yang pipih takkan datang melayang” andaikata kejayaan yang kita idamkan.

Kitab Allah jadi panduan, Sunnah jadi pedoman, insyaAllah.. Kita berjaya dunia dan akhirat.

Hai O ; My choice for life

Selamat Hari Guru dan Bumiputera Maju

Assalamulaikum W.B.T

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di English College, Johor Bahru… SMK (P) Seri Mutiara, Pulau Pinang dan SMK Dato Onn, juga di Pulau Pinang.

Ucapan penghargaan juga diutuskan khas buat guru-guru yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Menangah Kebangsaan Agama Batu Rakit. Sesungguhnya jasa guru memang tiada galang gantinya dalam kehidupan ini.

Profesion guru bagi saya amat mencabar sekali. Insan yang bergelar guru ini bukan setakat mendidik dan mengasuh, malah yang paling penting mereka ini mencurahkan rasa kasih sayang kepada anak bangsa bagi melihat kelangsungan kelestarian anak bangsa bagi mewarisi negara suatu hari nanti.
Syukur alhamdulillah, saya mendapat tahu Kementerian Pelajaran pada dasarnya akan melakukan transformasi ke atas profesion ini dan sekarang dalam proses untuk kajian beban ke atas guru. Saya menyokong penuh perkara ini bagi mengangkat martabat guru sebagai profesion penting negara.

Bumiputera Maju – Matlamat Saya

Alhamdulillah, saya dan suami sekarang semakin cergas untuk membawa suara-suara semangat bagi membuka peluang dan ruang kepada bumiputera dalam perniagaan ini. Kami amat bersyukur kerana ramai dalam kalangan Bumiputera kini ada kemahuan untuk bergiat dalam bidang perniagaan, walaupun secara kecil-kecilan.

Selaras hasrat Model Baru Ekonomi yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri kita, saya merasakan perlunya kaum Bumiputera mengorak langkah bijak dengan bersama-sama kerajaan dalam usaha menggali semangat keusahawanan dalam kalangan bumiputera khususnya. Saya agak bimbang andaikata kaum Bumiputera terus tidak berbuat apa-apa dan sekadar menjadi pemerhati kepada proses pembangunan ekonomi yang kian rancak. Hari ini kita memerhati, esok lusa barulah kita menyesal nanti.

Namun, saya optimis dengan keupayaan kaum Bumiputera sebenarnya. Mungkin tidak diberikan ruang dan peluang kepada mereka. Atau, mereka tidak mengetahui peluang dan ruang yang ada sekarang. Sebab itulah, saya dan suami tercinta akan terus mara ke hadapan untuk memastikan kaum Bumiputera membuka mata dengan peluang yang ada.

Akhir kata, bergembiralah dengan kejayaan saudara kamu, jangan kamu saling menjatuhkan sesama sendiri. Lawatan saya ke Beijing dan Benua Eropah tempoh hari banyak mengajar tentang budaya dan perilaku masyarakat di sana yang jauh berbeda dengan rakyat Malaysia yang pada dasarnya terkenal dengan santun budi dan bahasa.

Tahniah buat Guru Malaysia, Selamat Berjaya buat Kaum Bumiputera.

Temui kami di Facebook

Bagi mendekatkan diri kami dengan semua kenalan dan rakan kongsi, kami berdua kini boleh ditemui di laman sosial tersohor iaitu FACEBOOK.

klik sini untuk Suami, CDM Raffi > http://www.facebook.com/profile.php?id=100000197081002

dan klik sini untuk saya sendiri, CDM Rosmaiza > http://www.facebook.com/profile.php?id=100000724386631

Jumpa di sana!

Kunci Khazanah Punca Murah Rezeki

Segala puji bagi Allah Tabaaraka Wa Ta’aala yang telah menciptakan kita menjadi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dimana antara amalan soleh yang kita lakukan itu sebahagiannya menjadi punca rezeki yang menambahkan pendapatan seharian hidup kita tanpa kita ketahui atau disedari. Amalan-amalan soleh ini berupa suatu kumpulan rahsia antara rahsia-rahsia pembuka kunci khazanah Allah dimana dia tersembunyi dan hampir tidak diketahui oleh kebanyakkan orang yang beriman yang tidak mengkajinya, lebih-lebih lagi amat jauh dari pengetahuan orang-orang kafir dan tidak beragama.
“Dan tiadalah suatu makhluk yang melata(bergerak) di bumi melainkan Allahlah yang
merezekikannya”. Surah Huud:6
Kunci 1 : Istighfar dan Taubat
Kunci 2 : Taqwa
Kunci 3 : Berserah Kepada Allah
Kunci 4 : Penumpuan Ibadah kepada Allah
Kunci 5 : Susul menyusul Antara Haji dan Umrah
Kunci 6 : Eratkan silaturahim dengan keluarga
Kunci 7 : Berbelanja ke jalan Allah
Kunci 8 : Berbelanja kepada penuntut Ilmu Islam
Kunci 9 : Membantu orang yang lemah (miskin)
Kunci 10 : Berhijrah ke jalan Allah

InsyaAllah, doakan kita sama-sama berjaya melakukan amalan-amalan soleh di atas untuk menjamin
kejayaan dunia dan akhirat. Kunci-kunci tersebut akan saya kupaskan satu persatu pada masa akan datang
untuk sama-sama kita hayati. amin..

Menghayati Sebuah Perjuangan

Assalamualaikum W.B.T

Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan kepada saya. Namun begitu, saya agak tertarik untuk memberi sedikit analisis ringan terhadap mereka-mereka yang mempunyai prejudis dan stigma yang melampau dalam menilai perjuangan insan lain.

Ada pihak yang cuba membesar-besarkan isu dengan hanya bersandarkan kepada fakta yang palsu dan boleh meragukan. Saya memahami sekiranya pihak tersebut kecewa dan berasa teraniaya, saya sarankan agar kelompok ini berdoa ke hadrat Allah agar dipertemukan jalan untuk merungkai segala permasalahan dan dugaan yang dihadapi, bukankah doa orang teraniaya ini makbul dalam agama kita?

Yang lebih meragukan, serangan bertubi-tubi ditujukan kepada hai-o semata-mata. Secara warasnya, anda kata pihak tersebut gah dengan tagline “anti MLM”, kita mempunyai banyak jenis MLM di Malaysia, persoalan pokok, kenapa Hai-O menjadi mangsa kepada kelompok ini? Yang lebih menyedihkan, mereka menyerang secara halus kumpulan 369 yang dikatakan sebagai lubuk kemusnahan orang Melayu, saya hanya tersenyum sinis melihat mereka-mereka ini. Apa yang saya mampu lakukan, berdoa agar Allah membuka hati saya dan kelompok ini agar diberikan yang terbaik untuk kita dan orang lain, khususnya saudara seagama kita.

Ada pihak cuba menjustifikasikan dengan mudah, Melayu Hai-O adalah Melayu Kuli. Hinanya kami di dalam Hai-O. Namun, saya ingin membuka skop pemikiran semua agaknya apakah Melayu hebat yang kita inginkan? Melayu yang melakukan perniagaan berskala besar (Massive Scale of Business) ? Anda mengharapkan seorang kerani membuka perniagaan sebesar TESCO? Jawapannya mudah, tanya diri anda sendiri. Sebab anda juga Melayu.

Sekiranya Melayu lah menjadi kunci hentaman terhadap golongan Hai-O, suka saya tegaskan anda sebenarnya silap. Dengan Hai-O lah ramai orang Melayu berjaya. Dengan Hai-O lah, orang Melayu boleh menjadikannya sebagai platform menyahut seruan Rasulullah S.A.W ; 9/10 rezeki dari berniaga.

Jangan hanya kita pernah kecewa, kita merungkai isu sehingga menjatuhkan maruah orang lain. Itu bukan cara kita. Saya juga tidak menafikan, semua di sekeliling saya hanyalah ciptaan Allah, tidak ada yang sesempurna yang kita harapkan, namun cukuplah, apabila kita menyedari hakikat ini, kita akan terus berusaha agar Allah mengetahui kita berusaha menjadi Khairul Ummah.

Dalam kita perjuangkan orang Melayu, jangan pula kita memecahkan orang Melayu.

Saya mengalu-alukan komen dari anda. Baik sungguh andaikata anda meluahkan pendapat dengan tenang dan rasional.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.