Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah, cuti persekolahan anak-anak diluangkan bersama sanak saudara di kampung, Terengganu. Mereka kelihatan cukup gembira dapat berjumpa aki, tok ma, atuk, nenek, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan sepupu mereka. Tiada perkara lain menyenang hati ibu bapa melainkan senyuman dan hilai tawa anak-anak mereka.
Sekali lagi, syukur alhamdulillah.
Kini, saya dan suami kesayangan CDM Raffi sedang giat memperkembangkan perniagaan kami. Tidak lain tidak bukan dengan iltizam yang teguh, kami percaya kami tidak boleh berhenti setakat jalan, kami bukan Melayu dan penganut Islam yang lemah untuk mengaku kalah mahupun cepat berpuas hati. Perjuangan ini perlu kami teruskan bersama rakan kongsi yang hebat-hebat belaka.
Bagi saya, tidak alasan yang kuat untuk saya tidak boleh mara dan maju, terus maju. Saya dianugerahkan suami yang bukan sahaja penyayang tetapi juga cukup berdedikasi, bijak dan kreatif. Saya juga dipandu CDM yang sangat hebat seperti CDM Samiah, CDM Madon, CDM Waheeda dan Suami, CDM Noorhaya dan Suami, CDM Kak Ina dan Suami dan termasuklah suami saya sendiri CDM Raffi.
Paling berharga saya dikurniakan barisan rakan kongsi yang sangat hebat. Dari Penang saya bermula, ke Lipis, Lumut saya merantau, Kuala Lumpur saya singgah, Johor Bahru, Terengganu, Kuantan, Kota Bharu saya jejaki. Alhamdulillah, Allah sememangnya dengan SifatNya Maha Kuasa, Maha Merancang, saya telah dikelililngi oleh mereka yang cintakan semangat juang.
InsyaAllah, dengan semangat berkobar-kobar, saya akan pastikan CDM Rosmaiza dan CDM Raffi akan bersama rakan kongsi terus mara dan maju, terus maju!
Filed under: Uncategorized | 1 Comment »





